Assalamualaikum semua... salam petang....
Ain masih di office... kerja dah settle so ape lgi... time to blog la pulakkk... hihi
seperti tajuk di atas.. ain nk cite sedikit mengenai dropship...
Dropship atau lebih mudah kita panggil 'orang tengah' adalah biz yang sangat-sangat mudah tanpa risiko kerugian...
yang paling best dropship adalah tidak mengeluarkan sebarang modal dari segi kewangan..
daripada pengalaman saya, dropship ini adalah sejenis perniagaan di mana kita menjual produk tanpa menyimpan stok. Dalam bahasa yang mudah, anda menjadi 'orang tengah'. kerja anda hanyalah mempromosi produk tersebut dan apabila orang mengambil order dari anda, anda hanya membuat pesanan kepada supplier tadi untuk menghantara barang tersebut kepada pelanggan.
semua benda ada kelebihan & kekurangan. kelebihan sistem dropship adalah anda tidak memerlukan stor yang besar untuk menyimpan stok. selain itu juga anda akan rugi apa-apa sekiranya tiada pelanggan. cumanya anda tidak dapat untung sahaja. Dari segi modal pula anda tidak perlu mengeluarkan sedikit pun wang anda kerana anda hanya rolling duit sahaja yang pelanggan bayar kepada anda.
halal ke sistem dropship ni? semestinya halal lagi suci. kita cuma menjadi agen atau orang tengah sebagai transaksi jualan. Tiada paksa memaksa dan tiada istilah menindas mana-mana pihak dalam sistem ini. Malah jika berlaku kerosakan pada produk yang di hantar kepada pelanggan, kebiasaannya supplier akan menawarkan pemulangan & menggantikan semula barangan itu secara percuma. Jadi tiada apa yang meragukan dalam sistem jualan dropship...
saya salah seorg agent drophip :) nasihat saya pilihlah supplier yang tidak mengenakan sebarang bayaran keahlian atau sebagainya. Sistem jualan dropship sangat sesuai untuk semua terutama pada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.. ok gurls... gudluck n enjoy!! hihi
oh ye sebelum terlupa kepada yang nak cari handbag murah2 meh jengguk2 facebook sy k... :)
No comments:
Post a Comment